Thursday, August 6, 2009

Peraturan membrek untuk kita kongsi bersama

Suber:http://superbikemalaysia.com/topic/5014596/1/
Peraturan membrek untuk kita kongsi bersama....

MEMBREK
Terdapat dua cara untuk memperlahankan atau memberhentikan motosikal
1)Dengan cara menutup trotol minyak
2)Dengan cara menarik dan menekan pedal brek.

PERATURAN MEMBREK
1)Brek dengan kuat hanya semasa berjalan lurus
2)Membrek dalam masa yang awal
3)Tekanan brek hendaklah berubah-ubah mengikut permukaan jalan
4)Bila menuruni bukit yang curam dan berliku-liku, brek dengan kuat hanya dijalan lurus dan ringankan tekanan brek semasa didalam selekoh.Ingat kebaikan penggunaan gear yang lebih rendah semasa nenuruni bukit
5)Elakkan pengunaan brek hadapan bila motosikal sendeng atau sedang berpusing balik atau diatas permukaan jalan yang licin dan bahaya.

PEMBAHAGIAN BREK
1)Diatas jalan yang baik,kering dan lurus 75% brek hadapan dan 50% brek belakang.
2)Diatas jalan yang baik tetapi basah 50% brek hadapan dan 50% brek belakang

BREK KECEMASAN
1)Didalam keadan ini penunggang hendaklah taksir dengan cepat sama ada cukup kawasan untuk membrek dan berhenti atau elakan dan keluar dari kawasan bahaya
(pengalaman dekat genting dan nasi ambang syukur selamat)
2)Jika ia percaya boleh berhenti dengan selamat, brek depan dan belakang sekuat yang boleh tanpa mengunci roda-roda.Jika motosikal sendeng gunakan brek belakang sahaja.Pengunaan brek hadapan akan menyebabkan motosikal mungkin terbabas.

UJIAN MEMBREK
Sebelum jalan “adjust” brek tangan dan kaki supaya boleh bergerak dengan lincin mengikut tekanan yang dibuat.Minyakkan sambungan-sambungannya dan bebas dari kerosakan. Tentukan bahagian-bahagian brek yang bergerak tidak dihalang.Kemudian uji brek semasa berjalan.Dalam gear yang tinggi dan kelajuan dalam 50 km/j membrek dengan beransur-ansur kuat tanpa mengunci roda.(motosikal tidak mengelunsur).Jaga keselamatan lain-lain pengguna jalan raya untuk berbuat demikian


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP