Tuesday, August 4, 2009

Motor Sing/Siam

Sumber:forum
boya ... pasal insurance tu ... sama mcm bawak kenderaan ke negara jiran .... kita kena beli insurance utk cover org yg kita langgar ... tp bukan kenderaan kita ....... kalau bike malaysia accident kat thai ... dia org bawak balik mesia declare accident kat mesia gak
sumber:superbikemalaysia.com/topic/154343/3/
inspection motor siam RM6 hengget ..... + insurance RM60.50 + roadtax 1 year RM10 = RM76.50 yearly not include ICP RM100 per 3 month ...
Kalu setahun 476.50 aje
sumber:superbikemalaysia.com/topic/154343/13/

just nak kongsi pengalaman aje la kan..dulu aku ada pakai moto siam gak tapi pakai kejap jek sebab aku hanya berani lari 140km/j jek... ...pastu aku terpaksa jual moto tu atas sebab2 peribadi lah...

tapi masa aku pakai moto tu aku pernah ler kena tahan ngan polis masa gi pd..aku pun hulur ler semua dokumen yg berkaitan ngan moto tu..polis pun tgk tapi tak cakap apa2 cuma aku kena saman sebab tak gantung "L" ...

tapi honestly la aku cakap kalo rasa nak pakai moto luar ni bleh pakai tapi hati mau kering bro..kalo dokumen lengkap rasa aku tak salah apa2 la kan...

itu jek yg aku nak share..yg lelain tu lu org pikir la sendiri....
Sumber:superbikemalaysia.com/topic/154343/9/
aku sejak tahun 2002 dah guna sbk singapore. sampai hari ni x pernah ada problem dengan kastam/JPJ/polis... tak pernah risau tentang semua tu sebab documentation/paperwork semua complete.. hingga hari ni cuma 1 kali je kene saman sebab number plate jatuh bila riding, aku tak perasan.
Edited by jo-han, 15 Mar 2009, 09:18 PM.



stakat yg aku tau muto obersea ni kalu yg slalu kantoi ngan JPJ and kastam adalah document dia...

mcm contoh muto Thai...ikut document rasmi JPJ Negara Thai (gral suaangm khah mah naam khohmm phrathep thai )...kalu beli muto katsana ..dia datang skali ngan Buku Ijau.mcm gran muto Malaysia lah...or..yg copy translated and stamp certified copy by Thai JPJ tu yg valid..tapi ramai yg tak tau..slalu beli drp org tengah...gran muto dia kasi yg copy..photostate..takder chop...dan slalu kalu JPJ kat border tahan muto Thai...ayat pertama dia tanya...."boleh tengok ICP"....kalu JPJ Terengganu ker..Pahang ker...normally dia orang tak expert sangat ttg benda-benda ni...slamat..

ni aku "dapat" info drp Cik Kudir Wan Kembang kita...dia expert dlm hal-hal muto obesea nih....


Dir...WfS 229 BKK already changed to TAV 5001 ..

mengikut pendapat kawan2 dan sedara kpd member kat kastam johor...kalu document lengkap, insuran idup, COE (sing) idup; mmg takde masalah.



-Thailand nombor platnya original blakangnya tulisan Cacing(Thai depan takder plat)...so normally M'sian tuko jadi rumi..kalu JPJ nak charge...easy money...plat depan rumi...tu mendatory kalu masuk Mesia

-Banyak yg sangkut ngan Kastam + JPJ ni normally Muto Siam..coz banyak kes penipuan gran and
( Info Drp JPJ Thai Malay Border)
*ramai yg aku jumpa owner m'sian yg pakai muto siam nih...just ada gran Photostate jer..spatutnya kena ada skali "Buku Ijau dia .."

-kompem Muto Siam ni takleh nak taruk nama pemilik Mesia jika takder workpermit..
(Thai regulation nih)



saya baru dapat email dari ketua unit khidmat pelanggan JPJ, beliau menyatakan bahawa sah utk menunggang moto dari negara jiran jika mempunyai cukai jalan dan insuran yang laku di tanah air
Peraturan bagi kenderaan dan pemandu asing yang memasuki Malaysia adalah berdasarkan Motor Vehicles (International Circulation ) Rules 1967.

Syarat Pengeluaran Permit Edaran Antarabagsa (ICP)

1. Mengemukakan borang JPJK9 dan syarat di atas dipatuhi. Borang permohonan adalah percuma.
2. Mematuhi dan diluluskan oleh pihak Pelabuhan Kastam Malaysia bagi membolehkan kenderaan terlibat dibawa masuk ke Negara Malaysia. (jika kenderaan dibawa masuk melalui pelabuhan)
3. Tempoh sahlaku ICP ialah 90 hari dan boleh dilanjutkan atas kelulusan Pengarah JPJ Negeri yang berkaitan bagi tempoh tambahan 90 hari yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun.

Walaubagaimanapun peraturan ini dikecualikan kepada kenderaan motor dari Singapura dan Brunei.


SYARAT-SYARAT UTAMA

A.Syarat Kemasukan Kenderaan Persendirian

1. Kenderaan hendaklah berdaftar di negara asal
2. Mempamerkan nombor pendaftaran didalam huruf Roman. (nombor pendaftaran merah dari Thailand tidak dibenarkan masuk)
3. Mempunya perakuan pendaftaran kenderaan dengan terjemahan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
4. Mempunya perlindungan insurans Pihak Ketiga.(Insurans Malaysia)
5. Mematuhi peraturan dibawah Kaedah Pembinaan dan Peggunaaan 1959.
6. Cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 75% manakala cermin tepi dan belakang hendaklah telus cahaya tidak kurang 50%.
7. Mempunyai lesen memandu dengan terjemahan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
8. Penunggang motosikal diwajibkan memakai topi keledar.
9. Pemandu kereta atau van diwajibkan memakai talipinggang keledar.

B.Syarat Kemasukan Kenderaan Perdagangan

1. Semua kenderaan barangan dan perkhidmatan awam termasuk decontrolled (pick-up) perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP); Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Pengangkutan Jalan atau lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan.
2. Pemandu kenderaan barangan, perkhidmatan awam dan decontrolled (pick-up) mesti mempunyai lesen Goods Driving Licence (GDL), Public Service Vehicle (PSV) dan Konduktor seperti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.



RE: Pertanyaaan : No Siri : SXSCKL6Mþ
From: Ketua Unit Khidmat Pelanggan (kus@jpj.gov.my)
Sent: Tuesday, 21 Jul, 2009 5: 12 PM
To: 'Mohd Zahirudin' (zahirudin@hotmail.com)

Sah jika mempnyai cukai jalan dan insuran yang laku di Malaysia.



Terima kasih



SHITH BIN YAAKUB

Ketua Unit Khidmat Pelanggan

Bahagian Korporat Dan Penyelidikan

JPJ Malaysia Putrajaya



Tel : 03-88892714 Fak : 03-88866512

Emel : kus@jpj.gov.my





From: Mohd Zahirudin [mailto:zahirudin@hotmail.com]
Sent: Tuesday, July 21, 2009 12:57 PM
To: infojpj@jpj.gov.my
Subject: Pertanyaaan : No Siri : SXSCKL6M



Nama/Name:Mohd Zahirudin

--------------------------------------------------------------------------------------

Tujuan/Purpose:Pertanyaaan

--------------------------------------------------------------------------------------

Komen/Comment:Adakah sah untuk saya menggunakan motorsikal yang didaftarkan di singapura untuk kegunaan di Malaysia?


Bro basically "mempunyai cukai jalan yang sah" = the 1st syarat.

Mempunyai insuran yang sah = the 2nd syarat. FYI even thier 3rd party covers the vehicle in singapore, malaysia and thailand (80km from the malaysia-thai border) so this means it is sah di malaysia and you are the named driver / rider.
ap plak hukum utk rider2 kapcai kat sempadan esp kt kelantan n perlis..
sumer duk pakat beli moto siam..bukan stakat moto..TV plasma pon beli kt sana..hohohohoh
ak ad gak tnya diorang..diorang ckp kena ad insurans..xde pulak yg ckp sal ICP...
ad sorang insan yg ku kenali pakai moto yamaha EGO thai reg kt KL ni...dia ckp kalo road block..tnjuk insurans je...da lepas..
dia bwk motor 2 dr rantau panjang sampai KL...
tp polis mmg suka tahan moto dia..sbb plet AG* 1 NRW...kalo kt malaysia..plet 1 ni..raja je pakai..kalo kat siam..makcik jual buah pon bleh pakai.
betul tu member aku ada pakai plat DA* 23..moto Honda Wave..aku tnya berapa beli no..dia ckp free je..beli ngan moto..dari Thai..masuk sini..g tukar je..pastu dia ckp xde problem pun ngan roadblock polis ke jpj ke.. yg tu xsure laa knapa..ada ilmu kot aku pun nk g survey kat thailand laa umah bkn jauh pun ngan sempadan Kelantan-Thai tu..30km jer
Salam Bro... Kalau nak pakai sgt motor thailand yg murah2 kena tunggu kastam perlis bukak tender.. check balik awal tahun depan... last tender cb400 rm15k, hayabusa rm30k .....murah tu.... YANG PENTING SEDIAKAN DUIT CASH DARI SEKARANG... geran semua baru n tak yah dok pening2 kepala takut kena tahan



My personal opinion baik jangan la..negara org kita pun tak berapa faham diaorg punya rules. Sy sendiri pun pening dibuatnya. Sy pakai moto CBR 600 RR reg Singapore. Dua kali beli mula2 angkat CBR 600 RR '04..3 bulan pakai g S'pore renew roadtax OTW balik aksiden kat Melaka. Moto kira total losed, chasis bengkok..ambik plak insuran 3rd party..habis..modal RM 35K HANGUS mcm tu je..Memang la bike sana 1/2 lebih murah daripada M'sia tapi..Rules and urusan inspection setahun sekali kita kena buat. Nak masuk S'pore bukan mcm kat M'sia. Direction x mcm kat M'sia. Cthnya bila kita kat highway, signboard akan tunjuk tempat yg satu direction dengan hala yg kita tuju. Contohnya: K.Lumpur-Seremban-Melaka-Johor Bharu akan taruk dalam 1 signboard. Tht mean kalau dari KL direction ke Selatan akan jumpa Seremban dulu, pas tu Melaka pas to JB. In between KL dan Seremban lg akan ada sign board lain utk exit lain mcm Serdang, Puterajaya, Bangi, Nilai sblm sampai S'ban. Kalau kat S'pore sign board tak mcm kat M'sia. Exit pakai no..Org Spore sdiri pun kadang2 tpaksa guna GPRS utk track location kat sana. Kalau yang dah expert S'pore lain la. Tak tahan sanggap ngan bike, sy pun beli sebijik lg CBR 600 RR tp yg ni 2005 nye. Document memeng complete atas nama saya sendiri siap guna alamat KL lg...budget tak ada nak beli kat M'sia..yg ni sy dapat murah sikit RM 27K je sbb beli direct dgn owner. Apakan daya..Kalau nak ikutkan nak beli moto M'sia je. Nak dijadikan cerita baru2 ni saya g S'pore utk renew roadtax & Inspection..Sangkut kat LTA (kira JPJ S'pore) sbb moto yg accident tu ada saman. Check balik rupanya ada 1 saman parking..bunyinya mcm x de apa..alaaa..apa sangat saman parking..kalau kat M'sia RM 30.00 je. Yg terkejutnya saman parking tu siap ada waran tangkap masuk lokap lg..nasib baik ada member budak S'pore jamin SGD$ 500.00 and saya bayar saman SGD$ 300.00 sbb tak hadir ke mahkamah S'pore.Moto lama alamat guna alamat kat S'pore and runner yg tlg belikan moto sy x f/up untuk tukar alamat dgn sy lepas sy accident. Kalau nak beli moto kat S'pore make sure: 1. Nama tukar dgn nama sendiri dalam geran moto. 2. Insurans pun nama sendiri and guna alamat sendiri yg kat M'sia. Ada org kata tak boleh..sebenarnya boleh. 2nd rider tu kalau boleh letak la nama member2 kita kat M'sia. Jgn guna nama org S'pore. Kalau banyak duit boleh beli polisi insuran 1st party (Comprensive) or 2nd party. Kat S'pore ada insurans 2nd party. 3. Kalau boleh elakkan guna khidmat pintu belakang utk buat urusan seperti inspection, roadtax dsb sbb ada kes yang kena tipu oleh runner. Ada runner yg tak boleh pakai..dah la charge mahal..Hati2 sbb ada member sy runner buatkan roadtax moto dia utk 2 hari je..nak renew roadtax je bila LTA check roadtax lama dah mati.,bagus kalau boleh buat sendiri..4. Saman2 kat S'pore jgn ambik remeh walaupun saman parking je..Pendek kata..pelan2 kayuh..kumpul duit..ambik B Full-Beli moto kat Malaysia walaupun mahal..Apa nak nak buat..tunggu la Brother2 or Otai2 kita dari SBM jd PM or Menteri Perdagangan Antarabangsa nanti boleh mansuhkan cukai import moto berkuasa tinggi..aminn..
Kalau moto S'pore ni hanya rider yang tercatat namanya dalam cover note insurans je yang boleh bawak moto tu kalau ikut undang2 S'pore la..Owner pastikan jadi 1st rider atas penama polisi insurans. Insurans kat S'pore yang cover untuk moto ada satu je tak mcm kat M'sia banyak syarikat insurans yang boleh bagi perlindungan utk moto kita. ONLY NTUC Income je yang diberi kuasa untuk menjadi cover insurans semua moto / vehicle kat S'pore. Kalau kat Singapore polis diaorg buat road block mmg tak banyak ckp. Dia mintak IC n Driving Licence je pas tu dia check kat computer base on no reg moto / vehicle. Kat database diaorg punya polis or LTA mcm"JPJ"la kat M'sia semua akan dapat trace termasuk insuran cover atas nama siapa, roadtax valid or dah mati, COE, Inspection due date dsb. Kalau kata yang bawak motor tu bukan owner yg mana nama ada dlm cover note insurans tu tak ada jawabnya MASUK DALAM la..Charge curi moto..kalau accident insurans tak cover sbb bukan owner or authorised rider.

Moto S'pore ada roadtax guna kertas A4 "bodo" je. Tak mcm roadtax M'sia sbb polis kat sana takkan mintak roadtax kertas "bodo" tu masa road block sbb diaorg check je database semua dapat. System diaorg fully computerized. Polis sana plak tak makan "cowtim2 luar" kalau cowtim lagi kena dakwa rasuah plak..lagi parah..

RE: Pertanyaan‏
From: Ketua Unit Khidmat Pelanggan (kus@jpj.gov.my)
Sent: Tuesday, 4 Aug, 2009 10: 20 PM
To: 'Hafizi Abdullah' (drhafizi@hotmail.com)
Dengan mendapat permit ICP di sempadan bagi tempuh 90 hari sahaja

Terima kasih

SHITH BIN YAAKUB
Ketua Unit Khidmat Pelanggan
Bahagian Korporat Dan Penyelidikan
JPJ Malaysia Putrajaya

Tel : 03-88892714 Fak : 03-88866512
Emel : kus@jpj.gov.my


From: Hafizi Abdullah [mailto:drhafizi@hotmail.com]
Sent: Tuesday, August 04, 2009 6:17 PM
To: kus@jpj.gov.my
Subject: Pertanyaan


Assalamulaikum Tuan.

Adakah sah untuk saya menggunakan motorsikal yang didaftarkan di Thailand untuk kegunaan di Malaysia?

Pengalaman..

30/7/09-di Pahang (JPJ Paloh Inai) & di Lebuhraya Pantai Timur...sye naik muto anak kelahiran Temasik...JPJ hanya tanya "...tengok lesen...." & soalan paling bes "..berapa muto bleh naik?..."..

xde tanya pe pon...tp yg pnting,roadtax de...insuran de...dats it

Lay up tht mean moto tu tak boleh sama sekali berada di atas jalan raya SINGAPURA. kalau kat M'sia x ada la isu tu cuma mcm JPJ or Polis Malaysia pun akan mintak kita tunjukkan roadtax S'pore kalau ada. Kalau tak ada pun JPJ or Polis M'sia pada asasnya tak boleh saman sbb mcm tolong K'jan S'pore plak samankan vehicle yg tak bayar road tax kat negara S'pore. Tapi polis or JPJ Malaysia akan mintak B-Full licence and diaorg boleh saman part2 lain mcm side mirror, plate number, lampu signal dan kesalahan2 lain di bawah akta jalanraya / akta pengangkuan jalan.

Moto yg lay up pada dasarnya tak ada roadtax and insurans cover. 2 ke 3 tahun kena re-register balik. masalahnya moto bila tak ada insurans kita berani ke nak bawak? Kalau takat jatuh kita patah2 tak pe lg. Kalau accident cthnya langar org lain sampai patah kaki plak org yg kita langar tu apamacamm? Naik court kena saman plak ganti rugi mamat yg kita langar tu mintak pampasan tulang kaki patah..kalau tulang kaki (Femur) patah kurang2 RM 40-60K. Kalau ada duit boleh la byr..kalau tak ada MASUK DALAM lg la jawabnya..

Kat S'pore diaorg lay up moto bukan nak pakai tapi nak simpan kat garage, bungkus dgn selimut utk 2-3 tahun or moto yang nak jual kat kedai moto sblm dapat buyer yg jd owner baru biasanya diaorg lay up la moto tu..Kalau syarikat insurance kat Malaysia sy tak pasti plak boleh cover vehicle dari luar sbb maklumat insurans dan vehicle ni kena masukkan dalam computerized sistem dan ada term2 tertentu dari syarikat insurans itu sendiri contohnya link dgn JPJ kalau kat M'sia. Dah renew insurans baru boleh renew roadtax..Tak renew insurans roadtax pun SANGKUT..

Nasihat saya, kalau pakai moto Reg. S'pore or Thailand PASTIKAN: 1. Moto tu ada geran yg mana kita sendiri sebagai owner moto tu. 2. Insurans cover n Roadtax VALID atas nama sendiri..bukan orang lain. Kalau S'pore, insurans cover (Singapore-Malaysia-Sempadan Thailand) Masuk Vietnam or Bangla dah tak cover. 3. Patuhi undang2 negara yang mana moto kita tu register such as inspection schedule, roadtrax,COE renew, parking, tol and saman2 kat negara tersebut. Kalau buat proper documentation n ikut rules insyaAllah takde la masalah cuma kena rajin g S'pore or Thailand berurusan 6 bulan or setahun sekali.

Kalau nak convert ke Reg Malaysia sangat susah..kena cari AP, bayar AP, bayar cukai kat Kastam Diraja Malaysia, inspection kat PUSPAKOM, kena dapatkan Export permission dari LTA (kalau Reg. Singapore), kena mohon transfer file ke Malaysia, Reg. kat JPJ Malaysia,,bayar lg tup2..last sekali harga macam beli kat Malaysia..so , kejenya banyak dan tak berbaloi..

Kongsi pengalaman: JPJ Karak highway sblm R&R Genting Sempah.

JPJ: Org Singapore or Malaysia.?

Zakie: Malysia Tuan! (Kontrol gigil sbb saya tak ambik B-Full lg).

JPJ: Berapa RM beli moto ni?

Zakie: RM 27K tuan.

JPJ: Kalau beli kat M'sia berapa RM plak?

Zakie: Brand new or 2nd hand tuan?

JPJ: Kalau baru?

Zakie: adalah dalam RM 70K on the road kat NAZA bike. CBR 600 RR '04 AP-Recond.

JPJ: Kalau 2nd hand?

Zakie: Kat Sunny Cycle ada sebiji '04 colour hitam nak letgo RM 68K..

JPJ: Mahalnya!..nak g mana ni?

Zakie: Layan2 coner hujung minggu tuan.

JPJ: Ok la..hati2 bawak moto..

Yg penting biarlah moto yg kita bwk tu cukup sifat mcm side mirror ada, signal standard, plat number nampak jelas dan attire kita complete utk safety mcm boot, jacket, glove and helmet..insyaAllah selamat. Time tu tak tanya pun roadtax and lesen..
assalamualaikum.

tak settle2 lagi isu mtr luar ni sampai sekang ek... takpe la.. nasihat saya, jikalau mampu utk tampung hobi mahal ni, pakai la mtr msia... kalau tak mampu, pandai2 la cari jalan untuk dapatkan apa yg kita nak...

cuma, harap2 takde la yg buat benda2 yg menyalahi undang2...

selama beberapa tahun ni, kebanyakan orang bertanyakan soalan yg sama je. bila jawab, ada yg tanya lagi...

cth: bole pakai ke mtr sg ni?....

kepada yg nak bertanya soalan2 asas, sila browse thread dr awal. kepada yg tukang menjawab pulak, tolong pastikan ilmu yg nak disampaikan tu benar & bukan sekadar rasa2 atau "aku dengar si anu cakap...".

utk yg berpengalaman, boleh lah berkongsi dengan yg baru menceburkan diri dlm bidang "pakai motor luar"...

utk soalan coe -
setiap kenderaan yg luput coe, boleh renew 5 atau 10 tahun. utk yg renew 5 tahun, lepas dr tahun ke-5 tu, takleh renew lagi. mesti scrap. utk yg 10 tahun, boleh renew.

hari tu, dorang ada turunkan harga coe, tapi kebelakangan ni naik balik. basically, sesiapa yg nak renew coe, kos dlm +-SGD1k utk coe sahaja. tak termasuk admin, etc.

ramai juga yg tak gemar guna motor luar... bagus juga sbb elakkan diri dari perkara2 yg tak perlu. tapi, pada yg tak mampu, mungkin ni pilihan terbaik. cuma, janganlah kita komen byk2.... takut2 nampak macam memperkecilkan orang lain atas apa yg Allah anugerahkan.

kalau ada masalah apa2, inilah gunanya forum. kita kongsi masalah & cara penyelesaian... insyaAllah.


Wallahua'lam.
Pasal COE expired ni sy pun tgh study lg. Ada gak tanya member kat Sg dia pun x berapa faham katanya. Nanti sy tanya LTA dah dpt info sy update kat forum ni. Renew COE 5 or 10 tahun sy ada dengar bro runner ckp. Kalau renew COE 5 tahun abis je 5 tahun tu kalau x scrap tepaksalah export ke luar Sg tp ada few document / forms kena fill up kat LTA before export vehicle to ke luar Sg cth nya M'sia. AP plak kena ada sblm nak export. AP ni isu sikit esp kalau nak AP impor dari M'sia sbb mahal gila due to our gov taxes yang 200% atas moto berkuasa tinggi. Nak murah sikit cari AP student.

Kalau renew COE 10 tahun bila dah expired boleh renew lg. Ni apa yang sy dpt maklumat dari bro Runner bike Sg. Kalau ada kesilapan harap dapat perbetulkan. Renew COE ni plak bayaran kena Bidding. Tak faham plak antara sape dgn sape bidding2 ni. Ada gak dengar2 fee utk renew COE ni mahal..lagi terasa MAHAL bila convert SGD$ kpd RM. Yg tu nanti sy tanya LTA. Kalau nak cari info pasal moto / vehicle Sg bolehlah log on at http://www.onemotoring.com.sg

Kalau nak kira roadtax ke, check saman ke, Check COE info boleh la log on kat website diatas. Kalau scrap Rebate ada kira2 bila COE expired dan bila tarikh nak scrap. Kalau nak call LTA S'pore lg senang kalau nak dapatkan info: +6562255582.



0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP