Macamana nak beli motor singapura?
Source:http://selesamotorsport.blogspot.com/search?updated-max=2010-07-14T10:42:00-07:00&max-results=7
Anda perlukan passport antarabangsa untuk memasuki negara singa dengan bayaran RM 100 untuk tempoh 2 tahun, jika beli dengan kami tak perlu buat passport sebab kami yang akan masuk dan bawa motor balik ke Johor. Buat lesen antarbangsa di JPJ berdekatan dengan bayaran RM 150 setahun, sediakan 2 keping gambar berukuran pasport dan lesen Malaysia anda mestilah mempunyai tempoh sah lebih setahun. Sekiranya anda tidak mempunyai lesen antarabangsa pihak kedai motor tidak akan dapat membuat insurans atas nama anda dan membuat tukarnama. Motor dan insuran adalah atas nama anda dan alamat surat menyurat gunakan alamat kedai motor sekiranya anda tidak mempunyai alamat di sana. Perlu diingat anda tidak akan mendapat geran seperti di Malaysia kerana geran di Singapura adalah secara maya iaitu anda boleh melihat secara online di internet. https://vrl.lta.gov.sg/lta/vrl/JSP/errorFrame.jsp?theURL=/JSP/serviceNotAvailable.jsp&userType=P&a=1277231689636
Selain membayar tukarnama, cukai jalan dan insurans anda juga perlu mengetahui bilakah COE motor akan tamat (motor 2nd hand). Setiap COE adalah 10 tahun dan anda boleh renew COE sekiranya telah tamat tempoh 10 tahun. Sebagai contoh sekiranya anda ingin membeli motor 2nd hand tahun 2001 maka anda perlu renew COE pada tahun 2011. Harga untuk renew COE berbeza2 mengikut tahun, mungkin SING 600 dolar atau SING 100 dolar.
Anda perlu membuat inspection setiap tahun untuk renew roadtax dan insurans dan sekiranya anda tidak mahu membuat sendiri(masuk ke seberang tambak) kami boleh uruskan dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Yang paling penting anda mempunyai dokumen yang lengkap seperti lesen memandu antarabangsa, roadtax dan insurans pastu boleh memecut tanpa ragu.
Tepuk dada tanya selera, adakah anda hendak menunggang kapcai seumur hidup atau menjadi penunggang superbike....
0 comments:
Post a Comment