Motor Sing:Prosedure tukar nama
Kalau nak beli moto kat S'pore make sure: 1. Nama tukar dgn nama sendiri dalam geran moto. 2. Insurans pun nama sendiri and guna alamat sendiri yg kat M'sia. Ada org kata tak boleh..sebenarnya boleh. 2nd rider tu kalau boleh letak la nama member2 kita kat M'sia. Jgn guna nama org S'pore. Kalau banyak duit boleh beli polisi insuran 1st party (Comprensive) or 2nd party. Kat S'pore ada insurans 2nd party. 3. Kalau boleh elakkan guna khidmat pintu belakang utk buat urusan seperti inspection, roadtax dsb sbb ada kes yang kena tipu oleh runner.
Soalan: Kalau tak menjadi keberatan bolehkah saya bertanya jika Nama & alamat (malaysia) bro yg diGeran itu, bro lakukan sendiri di-counter LTA di-tingkat dua di-Sin Ming Drive itu ker atau sekadar di-beri oleh teman / runner bro dari Temasik? :think: Kalau bro buat sendiri di-kaunter LTA, syukur lah :pray:
Kalau part insurance ni, memang boleh letak nama sendiri, kerana syarikat insurance ni adalah syarikat commercial (kewangan). Asal masuk duit, dorang OK ajer :read: ... lagi satu, motor yg dah abis utang nie, syarikat insurance hanya boleh kasi 2nd or 3rd party only. 2nd part = fire & thief + 3rd party claim, motor bro yg involve dlm accident tu, bro kena repair sendiri :tension: . 3rd party pulak, tanpa fire & thief. 1st party ni biasanya jika motor tu masih dlm hutang. Kalau motor tu hilang semasa dlm utang, insurance akan cover syarikat pemuitang tu & bro terlepas dari tanggungan bayaran bulanan-nya ... Al-Kisah
Jawapan:Setakat ni memang saya buat sendiri. Sendiri pegi kat Sin Ming Industrial Rd LTA HQ, Kaunter LTA tingkat 2. Walau tak selalu berurusan takat ni moto saya kalau nak buat inspection or bayar Road tax tak pernah lg upah runner suruh buatkan. Kalau sesat kat Sg baru call member budak S'pore mintak direction kat sana. Kalau inspection buat kat VICOM kat area Sin Ming Rd gak. Senang buat sekali harung. Cuma baru ni je agak payah sikit sbb nak clearkan saman kena g Police Cantonment Complex kat Warrant Enforcement Unit, pas tu g URA Center kat Maxwell Rd baru dapat settle saman. Biasanya takat renew road tax n Inspection buat kat Sin Ming Drive Rd je. Renew insurans biasa buat kat NTUC income kat Ubi avenue. Kalau nak g Kelantan Rd tu tak dpt lg gi sendiri kalau member budak Sg tak guide. Maklumlah..kat Sg jalan payah nak hafal..nama jalan banyak nama pelik2..tak mcm KL..
Tentang alamat kat geran or kat cover note insurans ada lebih baik n secure geran guna alamat S'pore kalau ada sbb senang kalau polis S'pore nak hantar saman or warrant, reminder latter dsb sbb kalau guna alamat M'sia takut tak sampai. Dalam geran masa buat transfer ownership alamat KL guna sebagai Alternet address kalau2 alamat kat S'pore tak sampai kat tangan owner. Sebenarnya boleh guna alamat Malaysia kat dlm geran tp untuk vehicle yang tak ada hutang kat bank2 Sg and lagi senang kalau ada working permit. Ni apa yang sy sendiri tanya pegawai LTA kat Sg..cuma ramai yang kata tak boleh nak kena guna alamat Sg sahaja. Yg lagi kesian ada member2 kita beli moto Sg ngan runner nama tak ada dlm geran cuma ada kat insurans cover note je itu pun jadi 2nd rider or authorised rider..dalam geran pun guna nama org S'pore. Sampai hati runner tu buat depa mcm tu.
0 comments:
Post a Comment