Wednesday, August 25, 2010

Motor Singapore dan COE

Source:http://selesamotorsport.blogspot.com/
Frequently Asked Questions (FAQ)
Q:Bolehkah motor dari Singapore di pandu di Malaysia?

A:Boleh.



Q:Apakah syarat-syaratnya?

A:1. Kenderaan telah didaftar di Singapore 2. Mempunyai cukai jalan yang sah 3. Mempunyai perlindungan insuran



Q:Apakah yang diperlukan untuk membeli kenderaan dari Singapore selain duit?

A:Lesen Antarabangsa yang boleh dibuat di JPJ dengan bayaran RM150 setahun. Sertakan 2 keping gambar semasa permohonan (bawa 3 lebih baik).



Q:Mengapa perlu lesen antarabangsa.

A:Untuk membuat insurans atas nama kita dan memandu di Malaysia.



Q:Apakah COE?

A:Perlu diperbaharui setiap 10 tahun dan nilai berubah mengikut permintaan. Pada tahun ini COE adalah tinggi sebanyak Sing1000 iaitu hampir RM2300. COE boleh direnew 5 tahun tetapi selepas itu motor kena scrap so kalau nak pakai lama renew 10 tahun. Kebiasaannya COE di bawah Sing 1000.



Q:Apakah inspection?

A:Setahun sekali kenderaan Singapore perlu membuat inspection untuk membolehkan kenderaan digunakan dijalanraya. Bayaran yang dikenakan hanyalah Sing 17 iaitu RM 40.



Q:Jika coe mati bolehkah kita renew semula?

A:Pastikan sebelum mati anda renew coe, jika tidak motor anda akan jadi motor skrap iaitu tidak boleh digunakan dijalanraya di Malaysia atau Singapore, dan tidak boleh membuat rayuan.



Q:Jika cukai jalan mati bolehkah saya tangguh untuk perbaharui seperti di Malaysia?

A:Tidak boleh, sehari denda Sing 40 kecuali jika anda membuat permohonan untuk lay up iaitu motor masuk workshop dan x boleh berada di jalanraya.



Saya harap soal jawab ini dapat menjawab kemusykilan yang sering ditanyakan kepada saya.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP